Saturday 8 December 2012

KESIMPULAN



Cabaran globalisasi masa kini memerlukan pembentukan generasi muda yang berdaya tahan melalui ilmu dan kemahiran Berdasarkan beberapa aspek globalisasi yang telah dibicarakan dapatlah dikatakan bahawa dunia hari ini atau di abad ke-21 sedang menghadapi satu cabaran dan perubahan yang sangat hebat yang belum pernah berlaku di abad yang lalu. Cabaran globalisasi dan implikasi terhadap ekonomi, budaya dan teknologi adalah luas dan mempunyai kesan yang negatif dan positif. Penerimaan terhadap perubahan haruslah difikirkan dan diterima secara positif dan membina untuk kemajuan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
Kedatangan fenomena globalisasi pada akhir abad ke-20 telah membawa suatu cabaran baru kepada seluruh dunia, terutamanya kepada masyarakat dunia membangun dan dunia mundur. Adalah tidak wajar jika kita cuba untuk melarikan diri daripada fenomena ini kerana ia merupakan suatu yang akan melanda keseluruhan dunia sama ada kita mahu ataupun tidak, bersetuju atau membantah. Cabaran yang berbentuk ekonomi dan kewangan, sosio-budaya dan ketahanan kedaulatan negara haruslah dilalui dengan penuh berhati-hati agar kita tidak kehilangan jati diri kepada kuasa-kuasa besar yang berhasrat menjadikan globalisasi ini sebagai neo-kolonalisme. Namun pada masa yang sama, kita harus mencuri peluang-peluang yang ada dalam mengantarabangsakan produk-produk kita, mengharungi lebuh raya maklumat dan pengetahuan serta belajar daripada tamadun-tamadun besar dunia.

No comments:

Post a Comment