Saturday, 8 December 2012

FeSyEn




Gejala sosial boleh ditakrifkan sebagai perbuatan atau tindak tanduk dikalangan anggota masyarakat, khususnya dikalangan muda mudi yang berlawanan dengan ajaran agama atau nilai etika sesuatu tamadun. Tamadun Barat juga turut memberikan cabaran yang kuat dalam budaya atau cara hidup masyarakat dunia. Ini dapat dilihat dalam pelbagai aspek budaya seperti fesyen dimana dunia fesyen sekarang mengghairahkan .keghairahan ini mendatangkan keberahian kepada penontonnya. Semakin ditunjuk semakin hendak dilihat dan sebaliknya.Oleh disebabkan itu, gejala berfesyen ini merebak di kalangan para remaja dan re‘tua’. Pelbagai jenis fesyen ditonjolkan. Bukan sahaja melibatkan pakaian tetapi juga merangkumi “make up” muka, berambut palsu, gaya dan warna rambut, warna kuku dan pelbagai lagi yang mengerikan seperti suntik botox, pakai subang dihidung, kening, lidah, bibir dan bertatu ( Ahmad Hj Baharudin, 2007 )
Justeru itu, anak-anak muda juga semakin ghairah mengikuti segala perubahan fesyen yang berlaku di Barat. Jenama-jenama alat solek seperti Maybeline, Christian Dior dan jenama pakaian seperti Versace, Bonia menjadi pilihan generasi muda walaupun mahal harganya (Azhar Hj Mad Aros et al, 2000 )

POSITIF
Fesyen – fesyen pakaian yang menepati kehendak agama dan moral umat Islam boleh dipopularkan atau dipasarkan di dalam dan di luar negara. 

NEGATIF
Membawa kepada penyebaran budaya budaya pengguna yang bertentangan dengan tuntutan nilai-nilai kerohanian dan moral yang murni dan yang merendahkan martabat keinsanan manusia.


KESIMPULAN



Cabaran globalisasi masa kini memerlukan pembentukan generasi muda yang berdaya tahan melalui ilmu dan kemahiran Berdasarkan beberapa aspek globalisasi yang telah dibicarakan dapatlah dikatakan bahawa dunia hari ini atau di abad ke-21 sedang menghadapi satu cabaran dan perubahan yang sangat hebat yang belum pernah berlaku di abad yang lalu. Cabaran globalisasi dan implikasi terhadap ekonomi, budaya dan teknologi adalah luas dan mempunyai kesan yang negatif dan positif. Penerimaan terhadap perubahan haruslah difikirkan dan diterima secara positif dan membina untuk kemajuan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
Kedatangan fenomena globalisasi pada akhir abad ke-20 telah membawa suatu cabaran baru kepada seluruh dunia, terutamanya kepada masyarakat dunia membangun dan dunia mundur. Adalah tidak wajar jika kita cuba untuk melarikan diri daripada fenomena ini kerana ia merupakan suatu yang akan melanda keseluruhan dunia sama ada kita mahu ataupun tidak, bersetuju atau membantah. Cabaran yang berbentuk ekonomi dan kewangan, sosio-budaya dan ketahanan kedaulatan negara haruslah dilalui dengan penuh berhati-hati agar kita tidak kehilangan jati diri kepada kuasa-kuasa besar yang berhasrat menjadikan globalisasi ini sebagai neo-kolonalisme. Namun pada masa yang sama, kita harus mencuri peluang-peluang yang ada dalam mengantarabangsakan produk-produk kita, mengharungi lebuh raya maklumat dan pengetahuan serta belajar daripada tamadun-tamadun besar dunia.